News
Loading...

UAE Larang Membela Harimau dan singa






UAE Larang Membela Harimau dan singa  | Harimau kumbang, harimau & singa  adalah antara haiwan buas yang dilarang disimpan sebagai binatang peliharaan selepas undang-undang baharu dikuatkuasakan.

-Mereka yang ditangkap berbuat demikian boleh didenda sehingga 700,000 dirham (RM852,224.50) atau penjara sehingga enam bulan...

-Jika haiwan-haiwan tersebut dilihat bersiar-siar bersama tuannya, haiwan tersebut akan dirampas.

-Menurut laporan CNN, kerajaan akhir meluluskan undang-undang tersebut selepas menghadapi tekanan daripada kumpulan kebajikan haiwan.

-Undang-undang tersebut yang berkuatkuasa serta-merta juga memaksa individu yang memiliki haiwan tersebut menyerahkan ia kepada pihak berkuasa.

-Sebelum ini, membela dan mempamerkan haiwan buas yang disimpan sebagai haiwan peliharaan dianggap sebagai simbol kekayaan melampau di UAE.

-Pemilik membawa haiwan buas mereka bersiar-siar di tepi pantai juga bukanlah satu pemandangan yang luar biasa sebelum ini.

-Putera Mahkota Dubai sendiri, Hamdan bin Mohammed Al Maktoum memuatnaik foto dirinya bersama anak singa dan singa di laman Instagram.

-Semua jenis haiwan buas tersebut juga dianggap dirampas dari habitat liar mereka secara paksa dan diseludup masuk ke dalam UAE.

-Laporan mengatakan anak harimau dijual dengan harga mencecah Rm13,414.50 seekor dan singa putih berharga RM223,575.00 di pasaran gelap.





















Share on Google Plus

0 comments :

Post a Comment