News
Loading...

Mula-mula nak Beli MILO Lepas Mencuri





Mula-mula nak Beli MILO Lepas Mencuri | Seorang pelanggan berpura-pura memesan minuman Milo di sebuah kedai sebelum bertindak mencuri telefon pintar pemilik kedai terbabit yang diletakkan di kaunter.

Anak mangsa, Abd Rauf Mohamed Sithick, 24, berkata, kejadian berlaku di kedainya di Bandar Port Dickson Isnin lalu, sekitar jam 11.50 pagi.

Menurutnya, lelaki itu datang bersendirian ke kedai dan memesan minuman Milo sebelum membuat bayaran.

"Lepas ambil bayaran, ayah ke dapur untuk hantar pesanan tu tapi lelaki tu terus tergesa-gesa keluar kedai.

"Ada pekerja kedai nampak dan panggil lelaki tu bagi tahu air Milo yang dipesan belum siap, tapi tak diendahkan dan dia terus pergi dengan motosikal dalam keadaan tergesa-gesa," katanya kepada Sinar Harian.

Abd Rauf berkata, ayahnya kemudian kembali ke kaunter dan menyedari telefon pintarnya jenis Huawei yang diletakkan di kerusi di kaunter hilang.

"Saya buka CCTV (kamera litar tertutup) dan jelas menunjukkan lelaki tu yang curi telefon ayah.

"Laporan polis saya buat di Balai Polis Port Dickson," katanya.































Share on Google Plus

0 comments :

Post a Comment